Rabu, 3 Jun 2015

Tasek Prima Puchong

  Terpanggil bercerita menggenai Tasek Prima di Puchong. Mungkin tidak asing lagi bagi penduduk tempatan malah kepada pemancing yang bergelar 'Caster' disekitar Lembah Klang juga amat mengenali tasek bekas tinggalan lombong pasir ini. Tasek berkeluasan 345 ekar atau 1.40 km persegi ini memang telah lama dihimpit pembangunan. Namun dengan itu masih ramai pemancing yang datang ke sini pada setiap hujung minggu untuk aktiviti memancing mereka.

   'Peacock Bass' ( Cichla Ocellaris ) atau Ikan Raja bagi panggilan tempatan adalah spesis pemburuan utama di tasek ini. Sememangnya spesis ini bukan berasal dari negara ini tetapi kerana ikan ini telah lama mendiami sekitar Tasek Prima dan tasek-tasek sekitar Puchong spesis ini menjadi popular terutama kepada kaki-kaki gewang atau caster. Ikan Toman ( Channa Micropletes ) juga buruan utama di sini malah jika anda berjaya memujuk 'Mama Toman' seumpama mendapat 'trophy'. Selain itu terdapat juga haruan, ketutu, baung, belida, patin, keli dan sebagainya yang mendiami Tasek Prima.

   Bagi pemancing yang ingin menduga Tasek Prima boleh memilih untuk sesi pancingan tebing ( landbase ) atau bot. Untuk 'landbase' pemancing boleh memilih mana-mana spot pilihan tetapi amat terhad kerana terdapat tebing-tebing yang berpotensi telah ditutup atas faktor pembanggunan. Namun sukar diduga juga kerana hanya dengan 'landbase' saja hasil kadang kala amat mengujakan. Untuk mengguna bot juga boleh. Jika anda bawa bot sendiri bolehlah turunkan bot anda di jeti yang telah sedia ada atau boleh disewa terus dengan Prima Fishing Charter yang telah lama berkhidmat di sini. 

   

Adakala kemeriahan terserlah ketika musim frenzy.

Pancingan tebing juga tidak menghampakan.

Size sebegini sudah cukup memberi kepuasan.
Kena masa size begini banyak didaratkan.
PB Pulau Pas
PB dengan Yozuri 3ds
PB musim frenzy.
PB dengan Spin-fly di waktu kecederaan.
Jika tahap kesabaran tinggi, size >50cm dengan teknik slow jerk SP di dasar tasek ini pasti memberi hasil yang mengujakan.
Seorang rakan bersama PB Prima pertamanya di hari pertamanya ke Prima. Awesome dude...#kipidap
Terlihat kegembiraannya menjinak PB.
Size yang sering diburu. Mesti ada yang lebih besar...
Si Cilik dengan PB nye..
PB hasil Fly-Fishing.
Lagi dengan Fly-Fishing.
Otai Prima dengan PB nye..
Sedikit aksi sebelum didaratkan.
Memang seronok daratkan PB dengan gewang.
Seorang pemancing 'overseas' yang sudi bertandang ke Tasek Prima.
Toman juga buruan utama.
CPR 'catch, picture & release' selalu diamalkan di sini bagi menjaga kelestarian.
Talapia kena GST. Pasti ada 'monster' yang menghuni.
Jika bosan dengan aksi 'landbase' perkhidmatan sewa bot juga disediakan.
Kena hari dan gaya spesis Cichlid yang kami gelar Red Monk ini kuat menghentam gewang.



Musim PB bedal 'top water'.
Kepuasan jika berjaya menjinak toman di sini.
Umpama trophy, tertangkap 'Mama Prima' oleh saya.
Baung juga ada.
Keli mencekik SP.
Toman Bujang memang banyak di sini.
Cantik PB ni.
Red Monk yang dikail dengan set UL.
Menghiburkan juga jika Red Monk ini hentam popper.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan